Wednesday 19 June 2013

NOTA SAINS TINGKATAN 2--->BAB 6

Kewujudan Tekanan Udara Teori kinetik gas (kinetic theory of gases) menyatakan bahawa molekul gas adalah sentiasa bergerak bebas (moving freely) dan sentiasa berlanggar (colliding) terhadap dinding bekasnya (container). Kekerapan perlanggaran antara molekul udara terhadap dinding bekasnya akan menghasilkan daya yang menolak terhadap dinding bekas tersebut. Daya ini dipanggil tekanan udara (air pressure). Menurut saintis, tekanan udara adalah daya per unit luas kawasan (force per unit area), yang dihasilkan oleh perlanggaran molekul udara terhadap dinding bekasnya. Tekanan udara meningkat jika kekerapan perlanggaran antara molekul gas dan dinding bekasnya meningkat. Eksperimen yang menunjukkan bahawa udara mempunyai tekanan Eksperimen 1 1. Sebiji gelas diisi dengan air sehingga ia penuh. 2. Permukaan gelas tersebut kemudiannya ditutup dengan sekeping kad. 3. Semasa memegang kad, kaca terbalik dengan cepat. 4. Apabila tangan yang memegang kad ditarik, air tidak mengalir keluar dari gelas. 5. Ini adalah kerana tekanan udara yang dikenakan ke atas kad adalah cukup kuat untuk menyokong berat air yang terdapat di dalam gelas tersebut. Eksperimen 2 1. Sebuah tin yang berisi air sedikit dipanaskan sehingga air mendidih. 2. Mulut tin kemudiannya ditutup rapat/ketat dan seterusnya air sejuk dicurahkan ke atas tin tersebut. 3. Apabila air mula mendidih, molekul stim menolak molekul udara keluar dari tin tersebut. 4. Apabila mulut tin tersebut ditutup rapat dan dicurahkan dengan air sejuk, stim di dalam tin akan memeluwap / terkondensasi (condenses) menjadi air. 5. Ini menyebabkan tekanan udara di dalam tin menjadi lebih rendah daripada tekanan udara di luar tin. 6. Akibatnya, dinding tin ditolak ke dalam oleh tekanan udara di luar tin sehingga ia menjadi kemek (dented). Eksperimen 3 1. Sebatang pembaris (ruler) diletakkan di atas meja dengan keadaan satu daripada bahagian hujungnya adalah terjulur. 2. Bahagian pembaris yang berada di atas meja ditutup dengan sehelai kertas. 3. Apabila bahagian pembaris yang terjulur (protruding) itu diketuk atau ditolak ke bawah dengan pantas, kertas pada bahagian hujung yang satu lagi itu tidak terbang ke atas. 4. Ini adalah kerana tekanan udara menekan permukaan kertas itu ke bawah

No comments:

Post a Comment