Wednesday 19 June 2013

NOTA SAINS TINGKATAN 2-->BAB 10

Tuas >>> Pakej Pembelajaran & Penilaian Online <<< Tuas adalah mesin ringkas (simple machine) yang boleh membantu kita melakukan kerja dengan lebih mudah. Tuas (lever) adalah suatu batang/bar tegar (rigid bar) yang boleh bergerak/berputar bebas pada satu titik tetap yang dipanggil fulkrum (fulcrum) apabila suatu daya (effort) dikenakan keatasnya untuk mengatasi daya lain yang menentang yang dikenali sebagai beban (load). Tuas digunakan untuk memberikan kelebihan mekanikal (mechanical advantage) dalam menghantar atau mengubah (transmitting or modifying) daya dan gerakan. Sistem tuas (lever system) membolehkan suatu beban yang berat dipindahkan dari satu titik ke titik yang lain dengan menggunakan daya (effort) yang minima. Ini boleh membantu mengurangkan tenaga. Tuas. Tuas boleh dikelaskan kepada 3, iaitu: 1. Tuas kelas pertama (first class levers) 2. Tuas kelas kedua (second class levers) 3. Tuas kelas ketiga (third class levers) Perbezaan antara kelas-kelas tuas adalah berdasarkan kedudukan beban (load), daya (effort) dan fulkrum (fulcrum). Setiap kelas tuas mempunyai dua daya, iaitu, beban (load) dan daya/usaha (effort). Jarak diantara beban dan fulkrum dipanggil jarak beban (distance of load, symbol: l). Jarak diantara daya (effort) dan fulkrum dipanggil jarak daya (distance of effort, symbol: e).

NOTA SAINS TINGKATAN 2-->BAB 9

usat Graviti Sebagai Titik Keseimbangan Objek >>> Pakej Pembelajaran & Penilaian Online <<< Titik keseimbangan (point of equilibrium) sesuatu objek adalah titik di mana keseluruhan berat objek bertindak untuk mengimbangi kedudukan objek tersebut. Pusat graviti (centre of gravity) objek adalah titik keseimbangan sesuatu objek. Ini adalah kerana pada titik ini; * Objek akan disokong dalam keadaan keseimbangan. * Berat keseluruhan objek seolah-olah untuk bertumpu di titik ini. Kedudukan pusat graviti bergantung kepada bentuk sesuatu objek (shape of the object). Pusat graviti objek bagi berbentuk sekata atau simetri (symmetrical): * Terletak di tengah-tengah atau di titik simetri objek tersebut. * Boleh ditentukan dengan melukis garis pepenjuru atau garisan simetri. * Titik persilangan pepenjuru ialah pusat graviti objek tersebut. Pusat graviti bagi objek berbentuk sekata. Pusat graviti bagi objek yang berbentuk tidak sekata (irregular-shaped): * Boleh ditentukan dengan menggunakan bandul. * Pusat graviti bagi objek tidak sekata adalah pada titik persilangan, titik pergantungan objek tersebut (titik persilangan beberapa garisan menegak yang terbentuk apabila tali pemberat/ladung bandul digantung bebas). Pusat graviti bagi objek berbentuk tidak sekata. Pusat graviti bagi objek sekata juga boleh ditentukan dengan menggunakan kaedah yang sama seperti yang digunakan pada objek yang tidak sekata. Pusat graviti bagi objek tidak sekata mungkin terletak di dalam atau di luar objek tersebut. Sebagai contoh, objek yang berbentuk L. Pusat graviti bagi objek berbentuk L.

NOTA SAINS TINGKATAN 2-->BAB 8

Sistem Sokongan Haiwan >>> Pakej Pembelajaran & Penilaian Online <<< Pelbagai sistem sokongan Manusia dan haiwan mempunyai sistem sokongan mereka yang unik. Sistem sokongan yang baik membolehkan sesuatu organisma itu untuk bergerak dengan lebih lancar dan cekap (efficiently). Sistem sokongan pada manusia dan haiwan terdiri daripada tisu rangka (skeletal tissue) yang diperbuat daripada bahan-bahan seperti kalsium (calcium). Rangka (skeleton) adalah suatu struktur yang keras dan kekal dalam haiwan multisel. Sistem rangka (skeletal system) bertindak sebagai sistem sokongan yang penting kepada haiwan. Sistem sokongan terbahagi kepada tiga jenis: 1. Endoskeleton. 2. Eksoskeleton (exoskeleton). 3. Rangka hidrostatik (hydrostatic skeleton). Endoskeleton Endoskeleton ialah struktur sokongan yang berada di dalam badan vertebrata (vertebrates). Fungsi endoskeleton adalah: * Menyokong berat badan. * Memberikan bentuk kepada badan. * Melindungi organ dalaman badan. * Menyediakan permukaan untuk pelekatan otot. * Bekerjasama dengan otot untuk membenarkan pergerakan badan. Ikan - Vertebrata yang memiliki endoskeleton. Eksoskeleton Eksoskeleton ialah struktur keras yang meliputi bahagian luar badan haiwan invertebrata (invertebrates). Fungsi eksoskeleton adalah: * Menyokong dan memberikan bentuk kepada haiwan. * Melindungi tisu badan yang lembut daripada kecederaan. * Mengelakkan badan daripada kekeringan. * Menyediakan permukaan untuk pelekatan otot dan membenarkan pergerakan. Semut - Invertebrata yang memiliki eksoskeleton. Rangka hidrostatik Rangka hidrostatik mengandungi cecair yang disimpan di bawah tekanan, di dalam rongga badan yang tertutup haiwan invertebrata. Fungsi rangka hidrostatik adalah: * Mengekalkan dan mengawal bentuk badan. * Membenarkan pergerakan. Obor-obor - Invertebrata yang memiliki rangka hidrostatik.

NOTA SAINS TINGKATAN 2-->BAB 7

Daya Daya (force) merupakan tolakan (push) atau tarikan (pull) yang bertindak ke atas sesuatu objek. Aksi seperti mengangkat, regangan, berpusing dan menekan adalah melibatkan tolakan dan tarikan. Pelbagai jenis daya Daya adalah suatu tindakan yang boleh mengubah kedudukan objek pegun (tidak bergerak) atau objek yang bergerak di dalam garis lurus. Daya tidak boleh dilihat atau dirasai tetapi kehadirannya boleh diperhatikan sebagai kesan-kesan daya (effects of force). Daya boleh wujud dalam pelbagai bentuk, seperti: Daya geseran Daya geseran (frictional force) adalah suatu daya yang menentang gerakan antara dua objek yang bersentuhan. Daya geseran boleh; * memperlahankan objek yang sedang bergerak. * memberhentikan objek yang sedang bergerak. * mengelakkan sesebuah objek pegun daripada bergerak. Daya geseran bertindak menentang arah gerakan objek. Sebagai contoh, daya geseran antara permukaan jalan dan tayar motorsikal membolehkan sesebuah motosikal itu untuk bergerak di atas jalan raya. Daya graviti Daya graviti (gravitational force) ialah daya yang tertarik ke pusat bumi. Daya ini menyebabkan semua benda yang dilambung akan jatuh semula ke bawah. Daya elektrik Daya elektrik dihasilkan apabila elektron (cas negatif) bergerak melalui satu konduktor. Daya elektrostatik Daya elektrostatik (electrostatic force) adalah disebabkan oleh cas yang terbentuk pada objek yang telah digosok. Objek dengan cas yang sama akan menolak antara satu sama lain, manakala objek dengan cas yang berbeza akan menarik antara satu sama lain. Daya magnet Daya magnet (magnetic force) ialah daya tarikan antara magnet dan bahan-bahan magnetik seperti paku. Daya magnet tinggi pada kedua-dua kutub utara dan selatan. Magnet dengan kutub yang sama akan menolak antara satu sama lain, manakala magnet dengan kutub yang berbeza akan saling menarik. Daya elektromagnet Daya elektromagnet (electromagnetic force) adalah magnet yang dibuat dengan memagnetkan sekeping teras feromagnet dengan membenarkan arus elektrik mengalir melalui gegelung konduktor sekeliling teras tersebut. Elektromagnet boleh menarik bahan magnet seperti keluli dan besi selagi mana arus elektrik dibekalkan. Daya elektromagnet digunakan untuk menarik besi berat. Daya elektromagnet juga digunakan untuk mengendalikan keretapi Maglev (Maglev train) untuk mengurangkan geseran antara keretapi dan rel besi di bawahnya.

NOTA SAINS TINGKATAN 2--->BAB 6

Kewujudan Tekanan Udara Teori kinetik gas (kinetic theory of gases) menyatakan bahawa molekul gas adalah sentiasa bergerak bebas (moving freely) dan sentiasa berlanggar (colliding) terhadap dinding bekasnya (container). Kekerapan perlanggaran antara molekul udara terhadap dinding bekasnya akan menghasilkan daya yang menolak terhadap dinding bekas tersebut. Daya ini dipanggil tekanan udara (air pressure). Menurut saintis, tekanan udara adalah daya per unit luas kawasan (force per unit area), yang dihasilkan oleh perlanggaran molekul udara terhadap dinding bekasnya. Tekanan udara meningkat jika kekerapan perlanggaran antara molekul gas dan dinding bekasnya meningkat. Eksperimen yang menunjukkan bahawa udara mempunyai tekanan Eksperimen 1 1. Sebiji gelas diisi dengan air sehingga ia penuh. 2. Permukaan gelas tersebut kemudiannya ditutup dengan sekeping kad. 3. Semasa memegang kad, kaca terbalik dengan cepat. 4. Apabila tangan yang memegang kad ditarik, air tidak mengalir keluar dari gelas. 5. Ini adalah kerana tekanan udara yang dikenakan ke atas kad adalah cukup kuat untuk menyokong berat air yang terdapat di dalam gelas tersebut. Eksperimen 2 1. Sebuah tin yang berisi air sedikit dipanaskan sehingga air mendidih. 2. Mulut tin kemudiannya ditutup rapat/ketat dan seterusnya air sejuk dicurahkan ke atas tin tersebut. 3. Apabila air mula mendidih, molekul stim menolak molekul udara keluar dari tin tersebut. 4. Apabila mulut tin tersebut ditutup rapat dan dicurahkan dengan air sejuk, stim di dalam tin akan memeluwap / terkondensasi (condenses) menjadi air. 5. Ini menyebabkan tekanan udara di dalam tin menjadi lebih rendah daripada tekanan udara di luar tin. 6. Akibatnya, dinding tin ditolak ke dalam oleh tekanan udara di luar tin sehingga ia menjadi kemek (dented). Eksperimen 3 1. Sebatang pembaris (ruler) diletakkan di atas meja dengan keadaan satu daripada bahagian hujungnya adalah terjulur. 2. Bahagian pembaris yang berada di atas meja ditutup dengan sehelai kertas. 3. Apabila bahagian pembaris yang terjulur (protruding) itu diketuk atau ditolak ke bawah dengan pantas, kertas pada bahagian hujung yang satu lagi itu tidak terbang ke atas. 4. Ini adalah kerana tekanan udara menekan permukaan kertas itu ke bawah

NOTA SAINS TINGKATAN 2-->BAB 5

Ciri-ciri Fizikal Air & Teori Kinetik Takat beku air Takat beku air (freezing point of water) adalah suhu di mana air bertukar menjadi ais (bentuk pepejal). Takat beku air tulen (pure water) pada tekanan atmosfera (piawai) ialah 0°C. Ini bermakna bahawa air tulen akan membeku menjadi ais (ice) pada 0°C. Takat didih air Takat didih air (boiling point of water) ialah suhu di mana air bertukar menjadi stim (wap air). Takat didih air pada suhu bilik dan tekanan atmosfera (piawai) adalah 100°C. Oleh itu, air akan mendidih dan bertukar menjadi stim (steam) pada suhu 100°C. Teori Kinetik Teori Kinetik adalah penjelasan tentang keadaan zarah-zarah (particles) dalam jirim. Terdapat tiga andaian yang dibuat dalam teori kinetik: 1. Semua jirim (matter) terdiri terdiri daripada zarah-zarah kecil / seni (seperti atom dan molekul). 2. Zarah-zarah ini adalah sentiasa bergerak / bergetar, secara rawak. 3. Zarah-zarah ini juga berlanggar (colliding) antara satu sama lain. Molekul mempunyai pergerakan dan tenaga kinetik pada semua suhu. Molekul air beku (ice) pada 0°C bergerak lebih perlahan daripada molekul air pada 10°C. Perubahan keadaan jirim boleh ditafsirkan melalui teori kinetik jirim (kinetic theory of matter). Pembekuan Apabila cecair disejukkan, pergerakan zarah akan menjadi perlahan. Oleh itu, tenaga kinetik zarah berkurang. Daya tarikan antara zarah menjadi lebih kuat dan kukuh. Apabila daya tarikan (daya yang menarik) menjadi begitu kuat, ianya menarik zarah kembali ke kedudukan tetap mereka, cecair menjadi pepejal. Perubahan dalam susunan dan gerakan zarah ini dipanggil pembekuan (freezing). Suhu dimana cecair (liquid) berubah menjadi pepejal dipanggil takat beku (0°C). Pendidihan Apabila cecair dipanaskan, zarah akan bergetar dengan lebih pantas. Oleh itu, tenaga kinetik zarah meningkat. Zarah akan bergerak menjauhi satu sama lain dan daya tarikan antara mereka menjadi lemah (weaken). Apabila kumpulan kecil zarah-zarah dipecahkan kepada zarah tunggal dan daya tarikan antara zarah boleh diabaikan (negligible), cecair bertukar menjadi gas. Perubahan dalam susunan dan gerakan zarah ini dipanggil pendidihan (boiling). Suhu dimana cecair bertukar menjadi gas (atau dalam bentuk buih pada seluruh cecair), dipanggil takat didih (100°C).

Sunday 28 April 2013

SAINS BAB 4 TINGKATAN 2{SALING BERSANDARAN ANTARA ORGANISMA HIDUP DENGAN PERSEKITARAN



Di bumi ini, kita ada berjuta-juta organisma yang terdiri daripada pelbagai spesies haiwan dan tumbuhan hidup secara berkelompok dan saling bergantung antara satu sama lain.


Spesies, Populasi, Komuniti, Habitat dan Ekosistem

Spesies ialah sekumpulan organisma yang mempunyai ciri-ciri dan rupa bentuk yang sama. Organisma ini boleh saling membiak menghasilkan anak.
Contoh : spesies rama-rama 



Spesies, Populasi, Komuniti, Habitat dan Ekosistem
Populasi ialah sekumpulan organisma daripada spesies yang sama hidup dan membiak di kawasan yang sama.
Contoh : populasi monyet 



Spesies, Populasi, Komuniti, Habitat dan Ekosistem
Komuniti ialah beberapa populasi haiwan dan tumbuhan yang hidup bersama-sama dan saling bersandaran antara satu sama lain.
Contoh : populasi zirafah yang hidup bersama populasi zebra membentuk satu komuniti



Spesies, Populasi, Komuniti, Habitat dan Ekosistem
Habitat merupakan tempat tinggal semula jadi bagi organisma. Ini adalah bagi tujuan mendapatkan makanan, perlindungan dan tempat pembiakan.
Contoh : Hutan Hujan Tropika


Spesies, Populasi, Komuniti, Habitat dan Ekosistem
Ekosistem terdiri daripada beberapa komuniti yang saling bersandaran dan berinteraksi antara satu sama lain serta juga mempunyai hubungan dengan persekitarannya yang merangkumi benda bukan hidup seperti air, udara, tanah dan cahaya matahari. 


NOTA SAINS TINGKATAN 2{BIODIVERSITI}




BAB 3 : BIODIVERSITI
PENGKELASAN HAIWAN
1. Haiwan terbahagi kepada 2 kumpulan iaitu
  • vertebrata (bertulang belakang)
  • invertebrata (tidak bertulang belakang)
2.   Vertebrata terbahagi kepada
  • mamalia ( lembu, kuda, singa)
  • amfibia (katak)
  • reptilia (ular)
  • burung
  • ikan
3. Contoh haiwan invertebrata adalah seperti cacing, lintah dan sebagainya.

PENGKELASAN TUMBUHAN
1. Tumbuhan terbahagi kepada 2 kumpulan iaitu;
  • Berbunga
  • Tidak berbunga
2. Tumbuhan berbunga pula dibhagikan kepada 2, iaitu;
  • Monokotiledon
  • Dikotiledon
4. Ciri- ciri monokotiledon adalah mempunyai satu biji benih sahaja, akarnya serabut, tidak mempunyai batang dan urat daun selari. Contonhya adalah pokok jagung
5. Ciri-ciri dikotiledon adalah mempunyai 2 biji benih, berakar tunjang, berbatang. Contohnya adalah pokok keembung dan bunga ros.

NOTA SAINS TINGKATAN 2{BAB 2 NUTRIEN}


Nutrien

Karbohidrat

Karbohidrat menyediakan sumber tenaga yang utama yang diserap segera ke dalam sistem tubuh manusia. Karbohidrat menyumbangkan kira-kira 50% daripada pengambilan tenaga yang diperlukan oleh tubuh manusia. Karbohidrat terdiri daripada gula (gula, glukos, sirap, madu, laktos), kanji (tepung gandum, kanji, kentang, ubi kayu dan kanji tulin koko) dan beberapa selulosa, gam dan pektin. Karbohidrat banyak terdapat dalam bijiran seperti beras, gandum, dan sepertinya.

Protein

Protein mengandungi beberapa zat seperti asid amino. Protein kelas pertama kebanyakannya boleh diperolehi daripada haiwan. Sementara protein sayuran pula mengandungi protein kelas kedua dan sedikit protein kelas pertama.

Lemak

Lemak menyediakan lebih dua kali ganda nilai kalori yang diperolehi daripada karbohidrat dan menjadi sumber utama lemak tubuh. Sebenarnya lemak penting kepada manusia kerana merupakan tenaga yang tersimpan di dalam tubuh yang diperlukan untuk menjalankan sebarang aktiviti.Selain itu,lemak berperanan sebagai penebat dengan menghalang haba keluar daripada badan dan membantu memanaskan badan apabila seseorang terdedah kepada suhu persekitaran yang terlalu sejuk. Secara purata, lemak membekalkan 355 daripada pengambilan tenaga. Lemak juga mengandungi vitamin larut lemak dan asid lemak yang penting kepada penyatuan selaput sel.
Pengambilam lemak yang berlebihan boleh memudaratkan kesihatan badan.Hal ini kerana lemak yang tidak digunakan akan disimpan dalam badan dan menyebabkan berat badan bertambah dan menjadikan seseorang itu gemuk.Lemak yang berlebihan juga boleh menyebabkan saluran arteri tersumbat dan menyebabkan penyakit jantung koronari.

Galian

Zat galian yang mengandungi kompaun bukan organik yang penting kepada pemakanan manusia. Ia berperanan dalam pembentukan struktur tulang dan unsur yang diperlukan dalam tisu organik dan cairan badan seperti hemoglobin darah. Zat mineral banyak terdapat dalam susu dan telur. Ia juga banyak terdapat dalam buah dan sayuran.

Vitamin

Vitamin adalah bahan kimia yang terkandung dalam kebanyakan makanan. Ia membantu tubuh mengurai dan menggunakan unsur asas makanan, protein, karbohidrat dan lemak. Sesetengah vitamin turut terbabit dalam penghasilan sel darah, hormon, bahan genetik dan kimia dalam system saraf. Tidak seperti karbohidrat, protein dan lemak, vitamin dan mineral tidak membekalkan kalori tetapi membantu badan mendapatkan tenaga dari tubuh. Maka pengambilan protein amat penting untuk kesihatan tubuh badan.

Serat

Serat atau serabut dalam diet permakanan membantu penghadaman dan mengelak sembelit. Sayuran dan buah segar (termasuk buah kering) dan bijiran merupakan sumber serat penting. Untuk meningkatkan kebaikan serat, amat penting untuk minum banyak air.

Sumber  : Wikipedia















]

Wednesday 24 April 2013

NOTA SAINS TINGKATAN 2{BAB1 -DUNIA MELALUI DERIA KITA


Organ-organ Deria
Manusia mempunyai lima organ deria utama iaitu, kulit, hidung, lidah, telinga dan mata.

Organ-organ deria berfungsi untuk mengesan rangsangan (stimuli), yang merupakan perubahan di sekeliling kita.

Sebagai contoh, kita menggunakan kulit sebagai deria sentuhan, hidung sebagai deria bau, lidah sebagai deria rasa, telinga sebagai deria pendengaran dan mata sebagai deria penglihatan.

Rangsangan (stimulus) ialah perubahan yang terhasil oleh sumber-sumber tertentu dan ia boleh menyebabkan organ-organ deria untuk bertindak balas kepadanya.

Contoh rangsangan yang boleh dikesan oleh manusia ialah - sentuhan, tekanan, sakit, sejuk, haba, bahan kimia, bunyi dan cahaya.

Setiap satu daripada organ deria kita sensitif terhadap hanya satu jenis rangsangan.

Semua organ-organ deria yang lengkap dengan penerima / reseptor deria (sensory receptors) iaitu hujung saraf (nerve endings), yang boleh mengesan rangsangan.


Organ deria
Jenis deria
Ransangan dikesan
Kulit
Sentuhan
Sentuh, tekanan, sakit, sejuk & panas
Hidung
Bau
Bahan-bahan kimia
Lidah
Rasa
Kimia
Telinga
Pendengaran & keseimbangan
Bunyi
Mata
Penglihatan
Cahaya



Deria Sentuhan

Deria sentuhan (sense of touch) adalah deria yang sensitif terhadap rangsangan sentuhan (touch stimulus) yang dikenakan oleh objek yang tertentu.

Organ yang terlibat dalam pengesanan rangsangan sentuhan ini adalah kulit (skin).




Struktur dan fungsi kulit manusia

Struktur kulit manusia:

Kulit terbahagi kepada dua lapisan iaitu, dermis (lapisan dalaman) dan epidermis (lapisan luar).

Dermis:
  • Terdiri daripada lapisan tebal tisu penghubung (connective tissue).
  • Kaya dengan kapilari darah (blood capillaries) untuk mengangkut (to transport) nutrien, oksigen ke dermis dan membawa keluar karbon dioksida.
  • Struktur lain yang dijumpai dalam dermis adalah otot gentian (muscle fibres), kelenjar peluh (sweat glands) dan tisu adipos (lemak).
  • Dermis juga mengandungi 'hujung saraf' (nerve endings) untuk mengesan kesakitan, sejuk, panas, sentuhan dan tekanan.
  • Hujung saraf juga dikenali sebagai reseptor deria (sensory receptors) kerana ianyanya boleh mengesan pelbagai deria di seluruh bahagian kulit.


Jenis-jenis reseptor.

Epidermis:
  • Lapisan paling luar kulit. Epidermis dibarisi oleh lapisan sel-sel mati yang keras pada permukaan.
  • Sel-sel mati itu mengandungi keratin.
  • Lapisan epidermis yang paling rendah dipanggil lapisan Malpighian. Sel-sel dalam lapisan tersebut sentiasa membahagi untuk menghasilkan sel-sel baru.

Tahap kepekaan kulit

Kulit kita mempunyai tahap kepekaan yang berbeza (different degrees of sensitivity) di setiap bahagian yang berlainan pada badan.

Ini adalah kerana reseptor (penerima) tidak sama rata pada setiap bahagian kulit. Sebagai contoh, lidah dan hujung jari adalah lebih sensitif berbanding tumit kaki, siku atau tapak tangan.

Tahap kepekaan (sensitivity) kulit bergantung kepada dua faktor
  • Ketebalan epidermis
Bahagian kulit yang nipis lebih sensitif terhadap rangsangan.
  • Bilangan reseptor
Bahagian kulit yang banyak bilangan reseptor lebih sensitif terhadap sentuhan.

Kepekaan kulit pada bahagian-bahagian yang berlainan pada tubuh manusia

  • Leher, pipi dan hujung jari. Bahagian ini mempunyai epidermis yang nipis serta reseptor yang banyak, yang sensitif terhadap rangsangan sentuhan.

  • Tapak tangan (palm). Bahagian ini mempunyai banyak reseptor yang sensitif kepada rangsangan  sejuk dan panas.

  • Tapak kaki dan siku (soles and elbows) adalah kurang sensitif terhadap sentuhan kerana ia mempunyai epidermis yang tebal serta bilangan reseptor yang sedikit.

Kegunaan kepekaan kulit dalam kehidupan seharian:
  • Tempat suntikan pada badan.
    Pesakit biasanya diberi suntikan pada lengan atau punggung (pinggul). Ini adalah kerana bahagian kulit ini mempunyai epidermis yang tebal. Jadi, pesakit akan kurang merasa kesakitan apabila disuntik.
  • Membaca 'Braille'.
    Orang buta menggunakan hujung jari mereka untuk mengenal pasti huruf dan membaca Braille. Ini adalah kerana bahagian hujung jari mempunyai epidermis yang nipis serta banyak reseptor, yang sensitif terhadap rangsangan mana-mana sentuhan.


Deria Bau

Deria bau (sense of smell) adalah deria yang boleh mengesan rangsangan (stimuli) yang dihasilkan oleh bahan kimia yang tajam (pungent chemicals).

Organ yang terlibat dalam deria bau adalah hidung (nose).

Struktur hidung manusia:
  • Hidung manusia mempunyai rongga yang dipenuhi dengan tisu epitelium (epithelium tissue).
  • Pada permukaan tisu epitelium terdapat sel-sel deria (sensory cells) yang dikenali sebagai sel-sel penghidu (olfactory cells).
  • Permukaan rongga hidung adalah lembap kerana terdapat mukus (mucus) yang dirembeskan oleh sel-sel kelenjar.
  • Rongga hidung mempunyai sepasang pembukaan luaran (lubang hidung) yang mempunyai bulu untuk menapis habuk dari udara yang disedut melalui hidung.


Struktur dan fungsi hidung manusia.

Proses mengesan bau oleh hidung:
1.     Bau dalam bentuk molekul kimia yang disedut ke dalam rongga hidung (rongga nasal) akan larut dalam mukus dan merangsang sel-sel deria.
2.     Sel-sel deria yang dirangsang akan menghasilkan impuls. Impuls (impulse) adalah isyarat maklumat yang bergerak pantas di sepanjang saraf.
3.     Impuls yang dirangsang akan dihantar ke otak. Otak akan mentafsir impuls tersebut sebagai bau.
4.     Sel-sel deria boleh mengesan bau seperti bau bunga (floral scent), bau busuk (foul odour), bau dibakar (burnt smell) dan aroma makanan (food aroma) yang diangkut melalui udara kedalam hidung.

Kepekaan (sensitivity) hidung kepada rangsangan adalah dipengaruhi oleh faktor-faktor berikut:
  • Kekuatan bau.
Bau yang lebih kuat akan lebih mudah dikesan oleh hidung berbanding dengan bau yang lebih lemah. Jika sel-sel deria dirangsang oleh bau yang kuat, bau-bau yang lain (yang lebih lemah baunya) tidak akan dikesan pada masa yang sama.
  • Kehadiran mukus dalam hidung.
Mukus yang banyak akan mengurangkan kepekaan hidung kerana kurang bahan-bahan kimia yang merangsang sel-sel deria. Sebaliknya, ketiadaan mukus menyebabkan rongga hidung kering dan menyebabkan bau tidak dapat dikesan dengan betul.
Semasa selsema, sel-sel deria dilitupi dengan mukus yang banyak. Ianya menghalang sel-sel deria daripada dirangsang oleh bahan kimia. Oleh itu, orang yang menghidap selsema mempunyai kecekapan hidung yang kurang.


Deria Rasa

Deria rasa (sense of taste) adalah salah satu yang dapat mengesan rangsangan yang dihasilkan oleh bahan kimia berperisa (flavoured chemicals).

Lidah (tongue) merupakan organ deria yang sensitif terhadap rangsangan kimia / bahan berperisa.

Lidah merupakan organ berotot yang terletak di dalam rongga mulut.



Kawasan rasa lidah manusia.
  • Lidah membolehkan kita untuk mengesan rasa manis (sweet), masin (salty), masam (sour) dan pahit (bitter).
  • Permukaan lidah mempunyai deria / tunas rasa (taste buds). Tunas rasa ini menyebabkan permukaan lidah kasar dan menggerutu (spotty).
  • Setiap tunas mempunyai banyak reseptor rasa yang boleh mengesan rasa sesuatu bahan.
  • Setiap tunas rasa adalah sensitif terhadap SATU jenis rasa tertentu sahaja.
  • Lidah manusia mempunyai empat kawasan / bahagian, yang mana masing-masing sensitif terhadap rangsangan rasa tertentu sahaja.
  • Sebagai contoh, bahagian depan lidah adalah lebih sensitif terhadap rasa manis dan masin, bahagian belakang lidah lebih sensitif terhadap rasa pahit,  manakala bahagian sisi lidah lebih sensitif terhadap rasa masam.

Proses mengesan rasa oleh lidah manusia:
  • Rasa makanan hanya dapat dikesan apabila makanan tersebut berada dalam bentuk cecair (liquid form).
  • Apabila makanan dimakan, air liur (saliva) dirembeskan di dalam mulut untuk melarutkan makanan.
  • Makanan yang telah dilarutkan akan merangsang tunas rasa (taste buds) untuk mencetuskan impuls.
  • Impuls tersebut akan dihantar ke otak melalui sistem saraf untuk ditafsirkan sebagai rasa.
  • Rasa lazat sesuatu makanan itu dihasilkan oleh kombinasi kesemua empat jenis rasa (tastes).

Hubungan antara deria bau (sense of smell) dan deria rasa (sense of taste):
  • Rongga hidung dan rongga mulut adalah bersambung. Jadi, deria rasa dan deria bau adalah saling berkaitan.
  • Apabila seseorang menghidap selsema, selera makannya akan berkurang kerana hidungnya tersumbat dengan lendir / mukus (mucus).
  • Mukus akan menyebabkan sel-sel deria bau kurang dirangsang oleh bau makanan. Oleh itu, selera makan seseorang penghidap selesema itu akan berkurangan.


Deria Pendengaran

Deria pendengaran (sense of hearing) adalah deria yang boleh mengesan sumber bunyi yang dihasilkan oleh objek bergetar.

Deria keseimbangan adalah deria yang bertanggungjawab untuk mengawal keseimbangan (equilibrium) apabila badan bergerak.

Telinga (ear) adalah organ pendengaran manusia.

Manusia mempunyai dua telinga yang terletak di sisi kepala.

Struktur telinga manusia:

Struktur dan fungsi telinga manusia.

  • Telinga terbahagi kepada tiga bahagian iaitu, telinga luar, telinga tengah dan telinga dalam.
  • Telinga luar dan telinga tengah dipenuhi dengan udara, manakala telinga dalam dipenuhi dengan cecair.
Fungsi bahagian-bahagian telinga adalah seperti berikut:
Bahagian
Struktur / Ciri-ciri
Fungsi
Telinga luar:
Cuping telinga
(Pinna)
Berbentuk corong dan terdiri daripada tulang rawan.
Mengumpul dan mengarahkan gelombang bunyi ke dalam telinga.
Salur telinga
(Ear canal)
Tiub sempit yang menghala ke arah gegendang telinga.
Menghantar gelombang bunyi ke gegendang telinga.
Gegendang telinga
(Eardrum)
Membran nipis yang memisahkan bahagian telinga luar daripada telinga tengah.
Bergetar dan menghantar gelombang bunyi ke osikel.
Telinga tengah:

Osikel
(Ossicles)
Terdiri daripada tiga tulang kecil:

Tukul (Hammer): Menyentuh gegendang telinga.

Andas (Anvil): Menyambungkan tulang tukul kepada tulang rakap.

Rakap (Stirrup): Melekat pada tingkap bujur.
Mempertingkatkan getaran gelombang bunyi sebanyak 22 kali sebelum menghantar ke tingkap bujur.
Tiub Eustachia
(Eustachian tube)
Tiub sempit yang menyambungkan bahagian telinga tengah ke tekak.
Mengimbangi tekanan udara di kedua-dua belah gegendang telinga.
Tingkap bujur
(Oval window)
Membran nipis yang berbentuk bujur antara telinga tengah dan telinga dalam.
Menghantar getaran bunyi dari bahagian telinga tengah ke telinga dalam.
Telinga dalam:

Koklea
(Cochlea)
Tiub bergelung yang penuh dengan cecair. Dinding dalamnya mempunyai hujung saraf yang sensitif terhadap getaran gelombang bunyi.
Mengubah getaran bunyi kepada impuls.
Salur separuh bulat
(Semicircular canals)
Tiga saluran yang terletak pada sudut kanan di antara satu sama lain. Mempunyai kantung kecil yang dipenuhi dengan cecair dan hujung saraf yang sensitif terhadap keseimbangan fizikal badan.
Mengimbangi kedudukan badan.
Saraf auditori
(Auditory nerves)
Sekumpulan saraf yang menyambungkan sel-sel deria ke otak.
Menghantar impuls dari koklea ke otak untuk ditafsirkan sebagai bunyi.

Tiub Eustachia dan salur separa bulat adalah bahagian telinga yang tidak terlibat dalam pendengaran.

Tiub Eustachia mengimbangi tekanan pada kedua-dua belah gegendang telinga.

Salur separuh bulat mengawal keseimbangan badan (body equilibrium).
  • Salur separuh bulat terdiri daripada tiga tiub yang diisi dengan sejenis cecair yang dipanggil 'endolymph'.
  • Pergerakan kepala akan mempengaruhi keadaan endolymph.
  • Pergerakan endolymph akan merangsang sel-sel deria untuk mengeluarkan impuls.
  • Impuls tersebut akan dihantar ke otak untuk mengesan kedudukan dan arah pergerakan kepala.

Mekanisme pendengaran telinga
1.     Bunyi dihantar dari satu kawasan ke kawasan lain dalam bentuk gelombang (waves).
2.     Cuping telinga mengumpul gelombang bunyi dan mengarahkannya terus kepada salur telinga.
3.     Salur telinga mengarahkan gelombang bunyi tersebut ke gegendang telinga.
4.     Telinga bergetar apabila ia menerima gelombang bunyi.
5.     Getaran gelombang bunyi digandakan/dipergiatkan/dipertingkatkan (intensified) sebanyak 22 kali oleh osikel.
6.     Getaran yang dipertingkatkan itu kemudiannya dihantar ke koklea melalui tingkap bujur.
7.     Getaran tingkap bujur menyebabkan endolymph dalam koklea untuk bergetar dan merangsang sel-sel saraf di dalam koklea.
8.     Sel-sel saraf di dalam koklea mengubah getaran cecair kepada impuls.
9.     Impuls dihantar dari koklea ke otak melalui saraf auditori untuk ditafsirkan sebagai bunyi.


Deria Penglihatan

Struktur dan fungsi mata manusia.

Deria penglihatan adalah deria yang boleh mengesan rangsangan cahaya (light stimulus).

Mata (eye) adalah organ penglihatan yang penting bagi manusia.

Manusia mempunyai dua mata yang terletak dalam soket tengkorak (skull).

Mata manusia berbentuk sfera dan sedikit menonjol.

Kedudukan mata dalam soket tengkorak.

Struktur mata manusia.

Mata manusia terdiri daripada tiga lapisan tisu iaitu sklera (lapisan paling luar), koroid (lapisan tengah) dan retina (lapisan paling dalam).

Di bahagian hadapan, mata dilindungi oleh kelopak mata yang boleh tertutup dengan sendirinya.

Mata juga dilincirkan oleh air mata yang dihasilkan oleh kelenjar air mata (tear gland).

Keratan rentas mata manusia.


Pandangan hadapan mata.


Fungsi setiap bahagian mata.
Bahagian
Struktur/Ciri-ciri
Fungsi
Sklera (sclera)
Lapisan putih yang kuat.
  • Memegang bentuk mata.
  • Melindungi mata.
Kornea (cornea)
Membran lut cahaya (translucent) sklera, pada bahagian depan mata.
  • Membenarkan cahaya masuk ke dalam mata.
  • Memfokus cahaya pada retina.
Koroid (choroid)
Lapisan gelap yang mempunyai banyak kapilari darah
  • Membekal oksigen dan makanan kepada mata.
  • Menyerap dan mengelakkan pantulan cahaya di dalam mata.
Konjunktiva (conjunctiva)
Lapisan epitelium pada depan mata.
Melindungi kornea.
Iris
Lapisan berbentuk cakera (disc-shaped) pada depan mata.
  • Menentukan warna mata.
  • Mengawal saiz pupil dan jumlah cahaya yang memasuki mata.
Anak mata (pupil)
Bukaan kecil pada depan mata.
Membenarkan cahaya memasuki mata.
Kanta mata (lens)
Kanta cembung yang lut sinar dan elastik.
Membias dan menfokus cahaya pada retina.
Otot silia (ciliary muscle)
Otot yang membentang dari koroid.
Mengubah ketebalan kanta apabila jarak fokus kanta berubah.
Ligamen gantung (supportive ligament)
Satu struktur yang terbentuk daripada gentian kolagen.
Menyokong dan memegang kanta pada tempatnya.
Gelemaca (vitreous humour)
Bahan seperti jeli yang mengisi ruang di dalam biji mata.
  • Mengekalkan bentuk mata.
  • Menyerakkan dan memfokus imej pada retina.
  • Bertindak sebagai penyerap getaran pada mata.
Gelemair (aqueous humour)
Cecair tidak berwarna yang mengisi ruang di bahagian hadapan kanta mata.
Membias dan menfokus cahaya yang memasuki mata.
Retina






(a)   Bintik kuning
(yellow spot)






(b)   Bintik buta
(blind spot)
Lapisan sel yang peka kepada cahaya.






Titik bertentangan dengan pupil dan kaya dengan reseptor peka cahaya.





Titik melalui saraf optik, yang keluar dari retina, dan tidak mempunyai sel yang peka kepada cahaya.
  • Mengesan rangsangan cahaya dan menukarkannya kepada impuls.

  • Kawasan mata yang paling peka terhadap cahaya.
  • Imej objek yang dilihat difokus disini.

  • Kawasan mata yang tidak peka terhadap cahaya.
  • Imej objek yang terbentuk di sini tidak dapat dikesan.
Saraf optik (optic nerve)
Sekumpulan saraf yang menghubungkan retina ke otak.
Menghantar impuls dari retina ke otak untuk ditafsirkan.

Mekanisme Penglihatan

Pembentukan imej pada retina.

Kanta mata (lens) dalam mata manusia adalah kanta cembung yang lutsinar (transparent convex lens).

Cahaya yang datang daripada objek akan melalui kanta seterusnya dibengkokkan (bent) dan difokuskan kepada retina.

Imej yang difokuskan pada retina dikawal oleh otot silia (ciliary muscles).

Otot silia (relaxation and contraction of ciliary muscles) bertindak untuk mengawal ketebalan kanta mata (thickness of the eye lens).

Ketebalan kanta akan berubah untuk membolehkan mata untuk melihat objek dekat dan jauh. 

Keupayaan mata untuk memfokus kepada objek pada jarak yang berbeza dikenali sebagaiakomodasi (accommodation). Tindakan ini dilakukan oleh otot silia yang mengubah ketebalan kanta mata dan dengan itu mengubah jarak fokusnya. 

Seseorang yang berpenglihatan normal dapat memfokuskan objek dari jarak 25cm hingga infiniti. Jarak 25cm dikenali sebagai jarak minimum bagi penglihatan jelas.

Akomodasi ->
Melihat objek yang dekat
Melihat objek yang jauh
Otot silia (ciliary muscle)

Mengecut (contract)

Dalam keadaan rehat/mengendur (relax)
Keadaan ligamen gantung (supportive ligament)

Dalam keadaan rehat/mengendur (relax)

Mengecut (contract)
Ketebalan kanta mata

Menebal (become thick)

Menipis (become thin)


Illustrasi




Mekanisme Penglihatan

Sesuatu objek membalikkan (reflects) cahaya dalam semua arah.

Hanya cahaya dalam kawasan pandangan tertentu sahaja akan memasuki mata.

Cahaya dibengkokkan pada kornea (cornea), gelemair (aqueous humour), kanta mata (lens) dan gelemaca (vitreous humour).

Suatu imej terbalik (inverted image) akan terfokus kepada retina dan seterusnya mencetuskan impuls saraf.

Pembentukan imej pada retina.

Impuls saraf dihantar ke otak melalui saraf optik untuk 
ditafsirkan. Imej ditafsirkan sebagai tegak.

Pembentukan imej pada retina adalah sama seperti pembentukan imej oleh kanta cembung (convex lens), yang menghasilkan imej terbalik dan nyata.