Organ-organ Deria
Manusia mempunyai lima organ deria utama iaitu, kulit, hidung,
lidah, telinga dan mata.
Organ-organ deria berfungsi untuk mengesan
rangsangan (stimuli), yang merupakan perubahan di sekeliling kita.
Sebagai contoh, kita menggunakan kulit sebagai
deria sentuhan, hidung sebagai deria bau, lidah sebagai deria rasa, telinga
sebagai deria pendengaran dan mata sebagai deria penglihatan.
Rangsangan (stimulus) ialah perubahan yang
terhasil oleh sumber-sumber tertentu dan ia boleh menyebabkan organ-organ deria
untuk bertindak balas kepadanya.
Contoh rangsangan yang boleh dikesan oleh
manusia ialah - sentuhan, tekanan, sakit, sejuk, haba, bahan kimia, bunyi dan
cahaya.
Setiap satu daripada organ deria kita sensitif
terhadap hanya satu jenis rangsangan.
Semua organ-organ deria yang lengkap dengan
penerima / reseptor deria (sensory receptors) iaitu hujung saraf (nerve
endings), yang boleh mengesan rangsangan.
Organ deria
|
Jenis deria
|
Ransangan dikesan
|
Kulit
|
Sentuhan
|
Sentuh, tekanan,
sakit, sejuk & panas
|
Hidung
|
Bau
|
Bahan-bahan kimia
|
Lidah
|
Rasa
|
Kimia
|
Telinga
|
Pendengaran &
keseimbangan
|
Bunyi
|
Mata
|
Penglihatan
|
Cahaya
|
Deria Sentuhan
Deria sentuhan (sense of touch) adalah deria yang sensitif
terhadap rangsangan sentuhan (touch stimulus) yang dikenakan oleh objek
yang tertentu.
Organ yang terlibat dalam pengesanan rangsangan sentuhan ini
adalah kulit (skin).
Struktur dan fungsi kulit
manusia
Struktur kulit manusia:
Kulit terbahagi kepada dua lapisan iaitu, dermis (lapisan
dalaman) dan epidermis (lapisan luar).
Dermis:
- Terdiri daripada lapisan tebal tisu
penghubung (connective tissue).
- Kaya dengan kapilari darah (blood
capillaries) untuk mengangkut (to transport) nutrien, oksigen ke dermis
dan membawa keluar karbon dioksida.
- Struktur lain yang dijumpai dalam dermis
adalah otot gentian (muscle fibres), kelenjar peluh (sweat glands) dan
tisu adipos (lemak).
- Dermis juga mengandungi 'hujung saraf'
(nerve endings) untuk mengesan kesakitan, sejuk, panas, sentuhan dan
tekanan.
- Hujung saraf juga dikenali sebagai
reseptor deria (sensory receptors) kerana ianyanya boleh mengesan pelbagai
deria di seluruh bahagian kulit.
Jenis-jenis reseptor.
Epidermis:
- Lapisan paling luar kulit. Epidermis
dibarisi oleh lapisan sel-sel mati yang keras pada permukaan.
- Sel-sel mati itu mengandungi keratin.
- Lapisan epidermis yang paling rendah
dipanggil lapisan Malpighian. Sel-sel dalam lapisan tersebut sentiasa
membahagi untuk menghasilkan sel-sel baru.
Tahap kepekaan kulit
Kulit kita mempunyai tahap kepekaan yang berbeza (different
degrees of sensitivity) di setiap bahagian yang berlainan pada badan.
Ini adalah kerana reseptor (penerima) tidak sama rata pada
setiap bahagian kulit. Sebagai contoh, lidah dan hujung jari adalah lebih
sensitif berbanding tumit kaki, siku atau tapak tangan.
Tahap kepekaan (sensitivity) kulit bergantung kepada dua faktor
Bahagian
kulit yang nipis lebih sensitif terhadap rangsangan.
Bahagian
kulit yang banyak bilangan reseptor lebih sensitif terhadap sentuhan.
Kepekaan kulit pada bahagian-bahagian yang
berlainan pada tubuh manusia
- Leher, pipi dan hujung jari. Bahagian ini
mempunyai epidermis yang nipis serta reseptor yang banyak, yang
sensitif terhadap rangsangan sentuhan.
- Tapak tangan (palm). Bahagian ini
mempunyai banyak reseptor yang sensitif kepada rangsangan
sejuk dan panas.
- Tapak kaki dan siku (soles and elbows) adalah kurang
sensitif terhadap sentuhan kerana ia mempunyai epidermis yang tebal serta
bilangan reseptor yang sedikit.
Kegunaan kepekaan kulit dalam kehidupan seharian:
- Tempat suntikan pada badan.
Pesakit biasanya diberi suntikan pada lengan atau punggung (pinggul). Ini
adalah kerana bahagian kulit ini mempunyai epidermis yang tebal. Jadi,
pesakit akan kurang merasa kesakitan apabila disuntik.
- Membaca 'Braille'.
Orang buta menggunakan hujung jari mereka untuk mengenal pasti huruf dan
membaca Braille. Ini adalah kerana bahagian hujung jari mempunyai
epidermis yang nipis serta banyak reseptor, yang sensitif terhadap
rangsangan mana-mana sentuhan.
Deria Bau
Deria bau (sense
of smell) adalah deria yang boleh mengesan rangsangan (stimuli)
yang dihasilkan oleh bahan kimia yang tajam (pungent chemicals).
Organ yang terlibat dalam deria bau adalah hidung (nose).
Struktur hidung manusia:
- Hidung manusia mempunyai rongga yang
dipenuhi dengan tisu epitelium (epithelium tissue).
- Pada permukaan tisu epitelium terdapat
sel-sel deria (sensory cells) yang dikenali sebagai sel-sel penghidu
(olfactory cells).
- Permukaan rongga hidung adalah lembap
kerana terdapat mukus (mucus) yang dirembeskan oleh sel-sel kelenjar.
- Rongga hidung mempunyai sepasang
pembukaan luaran (lubang hidung) yang mempunyai bulu untuk menapis
habuk dari udara yang disedut melalui hidung.
Struktur dan fungsi hidung
manusia.
Proses mengesan bau oleh hidung:
1.
Bau dalam bentuk molekul kimia yang disedut ke dalam rongga
hidung (rongga nasal) akan larut dalam mukus dan merangsang sel-sel deria.
2.
Sel-sel deria yang dirangsang akan menghasilkan impuls. Impuls
(impulse) adalah isyarat maklumat yang bergerak pantas di sepanjang saraf.
3.
Impuls yang dirangsang akan dihantar ke otak. Otak akan
mentafsir impuls tersebut sebagai bau.
4.
Sel-sel deria boleh mengesan bau seperti bau bunga (floral
scent), bau busuk (foul odour), bau dibakar (burnt smell) dan aroma
makanan (food aroma) yang diangkut melalui udara kedalam hidung.
Kepekaan (sensitivity) hidung kepada rangsangan adalah dipengaruhi oleh
faktor-faktor berikut:
Bau yang
lebih kuat akan lebih mudah dikesan oleh hidung berbanding dengan bau yang
lebih lemah. Jika sel-sel deria dirangsang oleh bau yang kuat, bau-bau yang
lain (yang lebih lemah baunya) tidak akan dikesan pada masa yang sama.
- Kehadiran
mukus dalam hidung.
Mukus
yang banyak akan mengurangkan kepekaan hidung kerana kurang bahan-bahan kimia
yang merangsang sel-sel deria. Sebaliknya, ketiadaan mukus menyebabkan rongga
hidung kering dan menyebabkan bau tidak dapat dikesan dengan betul.
Semasa selsema, sel-sel deria
dilitupi dengan mukus yang banyak. Ianya menghalang sel-sel deria daripada
dirangsang oleh bahan kimia. Oleh itu, orang yang menghidap selsema
mempunyai kecekapan hidung yang kurang.
Deria Rasa
Deria rasa (sense
of taste) adalah salah satu yang dapat mengesan rangsangan yang
dihasilkan oleh bahan kimia berperisa (flavoured chemicals).
Lidah (tongue) merupakan organ deria yang sensitif terhadap
rangsangan kimia / bahan berperisa.
Lidah merupakan organ berotot yang terletak di dalam rongga
mulut.
Kawasan rasa lidah manusia.
- Lidah membolehkan kita untuk mengesan
rasa manis (sweet), masin (salty), masam (sour) dan pahit (bitter).
- Permukaan lidah mempunyai deria / tunas
rasa (taste buds). Tunas rasa ini menyebabkan permukaan lidah kasar
dan menggerutu (spotty).
- Setiap tunas mempunyai banyak reseptor
rasa yang boleh mengesan rasa sesuatu bahan.
- Setiap tunas rasa adalah sensitif terhadap
SATU jenis rasa tertentu sahaja.
- Lidah manusia mempunyai empat kawasan /
bahagian, yang mana masing-masing sensitif terhadap rangsangan rasa
tertentu sahaja.
- Sebagai contoh, bahagian depan lidah
adalah lebih sensitif terhadap rasa manis dan masin, bahagian
belakang lidah lebih sensitif terhadap rasa pahit, manakala bahagian
sisi lidah lebih sensitif terhadap rasa masam.
Proses mengesan rasa oleh lidah manusia:
- Rasa makanan hanya dapat dikesan apabila
makanan tersebut berada dalam bentuk cecair (liquid form).
- Apabila makanan dimakan, air liur
(saliva) dirembeskan di dalam mulut untuk melarutkan makanan.
- Makanan yang telah dilarutkan akan
merangsang tunas rasa (taste buds) untuk mencetuskan impuls.
- Impuls tersebut akan dihantar ke otak
melalui sistem saraf untuk ditafsirkan sebagai rasa.
- Rasa lazat sesuatu makanan itu
dihasilkan oleh kombinasi kesemua empat jenis rasa (tastes).
Hubungan antara deria bau (sense of smell) dan deria rasa (sense
of taste):
- Rongga hidung dan rongga mulut adalah
bersambung. Jadi, deria rasa dan deria bau adalah saling berkaitan.
- Apabila seseorang menghidap selsema,
selera makannya akan berkurang kerana hidungnya tersumbat dengan
lendir / mukus (mucus).
- Mukus akan menyebabkan sel-sel deria bau
kurang dirangsang oleh bau makanan. Oleh itu, selera makan seseorang
penghidap selesema itu akan berkurangan.
Deria Pendengaran
Deria pendengaran (sense of hearing) adalah deria yang boleh
mengesan sumber bunyi yang dihasilkan oleh objek bergetar.
Deria keseimbangan adalah deria yang bertanggungjawab untuk
mengawal keseimbangan (equilibrium) apabila badan bergerak.
Telinga (ear) adalah organ pendengaran manusia.
Manusia mempunyai dua telinga yang terletak di sisi kepala.
Struktur telinga manusia:
Struktur dan fungsi telinga
manusia.
- Telinga terbahagi kepada tiga bahagian
iaitu, telinga luar, telinga tengah dan telinga dalam.
- Telinga luar dan telinga tengah dipenuhi
dengan udara, manakala telinga dalam dipenuhi dengan cecair.
Fungsi bahagian-bahagian telinga adalah seperti berikut:
Bahagian
|
Struktur / Ciri-ciri
|
Fungsi
|
Telinga luar:
Cuping telinga
(Pinna)
|
Berbentuk corong dan terdiri daripada tulang rawan.
|
Mengumpul dan mengarahkan gelombang bunyi ke dalam telinga.
|
Salur telinga
(Ear canal)
|
Tiub sempit yang menghala ke arah gegendang telinga.
|
Menghantar gelombang bunyi ke gegendang telinga.
|
Gegendang telinga
(Eardrum)
|
Membran nipis yang memisahkan bahagian telinga luar daripada
telinga tengah.
|
Bergetar dan menghantar gelombang bunyi ke osikel.
|
Telinga tengah:
Osikel
(Ossicles)
|
Terdiri daripada tiga tulang kecil:
Tukul (Hammer): Menyentuh gegendang telinga.
Andas (Anvil): Menyambungkan tulang tukul kepada tulang rakap.
Rakap (Stirrup): Melekat pada tingkap bujur.
|
Mempertingkatkan getaran gelombang bunyi sebanyak 22 kali
sebelum menghantar ke tingkap bujur.
|
Tiub Eustachia
(Eustachian tube)
|
Tiub sempit yang menyambungkan bahagian telinga tengah ke
tekak.
|
Mengimbangi tekanan udara di kedua-dua belah gegendang
telinga.
|
Tingkap bujur
(Oval window)
|
Membran nipis yang berbentuk bujur antara telinga tengah dan
telinga dalam.
|
Menghantar getaran bunyi dari bahagian telinga tengah ke
telinga dalam.
|
Telinga dalam:
Koklea
(Cochlea)
|
Tiub bergelung yang penuh dengan cecair. Dinding dalamnya
mempunyai hujung saraf yang sensitif terhadap getaran gelombang bunyi.
|
Mengubah getaran bunyi kepada impuls.
|
Salur separuh bulat
(Semicircular canals)
|
Tiga saluran yang terletak pada sudut kanan di antara satu
sama lain. Mempunyai kantung kecil yang dipenuhi dengan cecair dan hujung
saraf yang sensitif terhadap keseimbangan fizikal badan.
|
Mengimbangi kedudukan badan.
|
Saraf auditori
(Auditory nerves)
|
Sekumpulan saraf yang menyambungkan sel-sel deria ke otak.
|
Menghantar impuls dari koklea ke otak untuk ditafsirkan
sebagai bunyi.
|
Tiub Eustachia dan salur separa bulat adalah bahagian telinga
yang tidak terlibat dalam pendengaran.
Tiub Eustachia mengimbangi tekanan pada kedua-dua belah
gegendang telinga.
Salur separuh bulat mengawal keseimbangan badan (body
equilibrium).
- Salur separuh bulat terdiri daripada
tiga tiub yang diisi dengan sejenis cecair yang dipanggil 'endolymph'.
- Pergerakan kepala akan mempengaruhi
keadaan endolymph.
- Pergerakan endolymph akan merangsang
sel-sel deria untuk mengeluarkan impuls.
- Impuls tersebut akan dihantar ke otak
untuk mengesan kedudukan dan arah pergerakan kepala.
Mekanisme pendengaran telinga
1.
Bunyi dihantar dari satu kawasan ke kawasan lain dalam bentuk
gelombang (waves).
2.
Cuping telinga mengumpul gelombang bunyi dan mengarahkannya
terus kepada salur telinga.
3.
Salur telinga mengarahkan gelombang bunyi tersebut ke gegendang
telinga.
4.
Telinga bergetar apabila ia menerima gelombang bunyi.
5.
Getaran gelombang bunyi digandakan/dipergiatkan/dipertingkatkan
(intensified) sebanyak 22 kali oleh osikel.
6.
Getaran yang dipertingkatkan itu kemudiannya dihantar ke koklea
melalui tingkap bujur.
7.
Getaran tingkap bujur menyebabkan endolymph dalam koklea untuk
bergetar dan merangsang sel-sel saraf di dalam koklea.
8.
Sel-sel saraf di dalam koklea mengubah getaran cecair kepada
impuls.
9.
Impuls dihantar dari koklea ke otak melalui saraf auditori untuk
ditafsirkan sebagai bunyi.
Deria Penglihatan
Struktur dan fungsi mata manusia.
Deria penglihatan adalah deria yang boleh mengesan rangsangan
cahaya (light stimulus).
Mata (eye) adalah organ penglihatan yang penting bagi manusia.
Manusia mempunyai dua mata yang terletak dalam soket tengkorak
(skull).
Mata manusia berbentuk sfera dan sedikit menonjol.
Kedudukan mata dalam soket tengkorak.
Struktur mata manusia.
Mata manusia terdiri daripada tiga lapisan tisu iaitu sklera
(lapisan paling luar), koroid (lapisan tengah) dan retina (lapisan paling
dalam).
Di bahagian hadapan, mata dilindungi oleh kelopak mata yang
boleh tertutup dengan sendirinya.
Mata juga dilincirkan oleh air mata yang dihasilkan oleh
kelenjar air mata (tear gland).
Keratan rentas mata manusia.
Pandangan hadapan mata.
Fungsi setiap bahagian mata.
Bahagian
|
Struktur/Ciri-ciri
|
Fungsi
|
Sklera (sclera)
|
Lapisan putih yang kuat.
|
- Memegang
bentuk mata.
- Melindungi
mata.
|
Kornea (cornea)
|
Membran lut cahaya (translucent)
sklera, pada bahagian depan mata.
|
- Membenarkan
cahaya masuk ke dalam mata.
- Memfokus
cahaya pada retina.
|
Koroid (choroid)
|
Lapisan gelap yang mempunyai banyak
kapilari darah
|
- Membekal
oksigen dan makanan kepada mata.
- Menyerap dan
mengelakkan pantulan cahaya di dalam mata.
|
Konjunktiva (conjunctiva)
|
Lapisan epitelium pada depan mata.
|
Melindungi kornea.
|
Iris
|
Lapisan berbentuk cakera (disc-shaped)
pada depan mata.
|
- Menentukan
warna mata.
- Mengawal
saiz pupil dan jumlah cahaya yang memasuki mata.
|
Anak mata (pupil)
|
Bukaan kecil pada depan mata.
|
Membenarkan cahaya memasuki mata.
|
Kanta mata (lens)
|
Kanta cembung yang lut sinar dan
elastik.
|
Membias dan menfokus cahaya pada
retina.
|
Otot silia (ciliary muscle)
|
Otot yang membentang dari koroid.
|
Mengubah ketebalan kanta apabila jarak
fokus kanta berubah.
|
Ligamen gantung (supportive ligament)
|
Satu struktur yang terbentuk daripada
gentian kolagen.
|
Menyokong dan memegang kanta pada
tempatnya.
|
Gelemaca (vitreous humour)
|
Bahan seperti jeli yang mengisi ruang
di dalam biji mata.
|
- Mengekalkan
bentuk mata.
- Menyerakkan
dan memfokus imej pada retina.
- Bertindak
sebagai penyerap getaran pada mata.
|
Gelemair (aqueous humour)
|
Cecair tidak berwarna yang mengisi
ruang di bahagian hadapan kanta mata.
|
Membias dan menfokus cahaya yang
memasuki mata.
|
Retina
(a) Bintik kuning
(yellow spot)
(b) Bintik
buta
(blind spot)
|
Lapisan sel yang peka kepada cahaya.
Titik bertentangan dengan pupil dan kaya dengan reseptor peka cahaya.
Titik melalui saraf optik, yang keluar dari retina, dan tidak mempunyai sel
yang peka kepada cahaya.
|
- Mengesan
rangsangan cahaya dan menukarkannya kepada impuls.
- Kawasan mata
yang paling peka terhadap cahaya.
- Imej objek
yang dilihat difokus disini.
- Kawasan mata
yang tidak peka terhadap cahaya.
- Imej objek
yang terbentuk di sini tidak dapat dikesan.
|
Saraf optik (optic nerve)
|
Sekumpulan saraf yang menghubungkan
retina ke otak.
|
Menghantar impuls dari retina ke otak
untuk ditafsirkan.
|
Mekanisme Penglihatan
Pembentukan imej pada retina.
Kanta mata (lens) dalam mata manusia adalah kanta cembung yang
lutsinar (transparent convex lens).
Cahaya yang datang daripada objek akan melalui kanta seterusnya
dibengkokkan (bent) dan difokuskan kepada retina.
Imej yang difokuskan pada retina dikawal oleh otot silia
(ciliary muscles).
Otot silia (relaxation
and contraction of ciliary muscles) bertindak untuk mengawal ketebalan kanta
mata (thickness
of the eye lens).
Ketebalan kanta akan berubah untuk membolehkan mata untuk
melihat objek dekat dan jauh.
Keupayaan mata untuk memfokus kepada objek pada jarak yang
berbeza dikenali sebagaiakomodasi (accommodation). Tindakan ini dilakukan
oleh otot silia yang mengubah ketebalan kanta mata dan dengan itu mengubah
jarak fokusnya.
Seseorang yang berpenglihatan normal dapat memfokuskan objek
dari jarak 25cm hingga infiniti. Jarak 25cm dikenali sebagai jarak minimum
bagi penglihatan jelas.
Akomodasi ->
|
Melihat objek yang
dekat
|
Melihat objek yang
jauh
|
Otot silia (ciliary muscle)
|
Mengecut (contract)
|
Dalam keadaan rehat/mengendur (relax)
|
Keadaan ligamen
gantung (supportive
ligament)
|
Dalam keadaan rehat/mengendur (relax)
|
Mengecut (contract)
|
Ketebalan kanta mata
|
Menebal (become thick)
|
Menipis (become thin)
|
|
|
|
Mekanisme Penglihatan
Sesuatu objek membalikkan (reflects) cahaya dalam semua arah.
Hanya cahaya dalam kawasan pandangan tertentu sahaja akan memasuki mata.
Cahaya dibengkokkan pada kornea (cornea), gelemair (aqueous humour), kanta mata
(lens) dan gelemaca (vitreous humour).
Suatu imej terbalik (inverted image) akan terfokus kepada retina dan seterusnya
mencetuskan impuls saraf.
Pembentukan imej pada retina.
Impuls saraf dihantar ke otak melalui saraf optik untuk ditafsirkan. Imej
ditafsirkan sebagai tegak.
Pembentukan imej pada retina adalah sama seperti pembentukan imej oleh kanta
cembung (convex lens), yang menghasilkan imej terbalik dan nyata.